Salam buat
semua pembaca budiman. Ini adalah entri pertama aku setelah bergelar isteri
dan ibu kepada seorang anak perempuan. Sebelum ni aku menaip juga dalam blog yang sama, tapi tu zaman muda-muda. Blog pun blog yang kurang matang… Kini,
setelah meningkat usia seiring dengan kematangan, aku terpanggil untuk berkongsi
pengalaman, idea, dan pendapat dengan anda di luar sana. J
Aku seorang wanita berusia akhir 20-an, seorang isteri dan ibu. Puteriku kini
berusia hampir 10 bulan dan kami suami isteri sedang menanti kehadiran seorang
lagi cahaya mata kami yang insya-Allah bakal lahir sekitar hujung bulan puasa-
hari raya nanti...
Alhamdulillah
syukur pada Allah pengalaman mengandung dan melahirkan Alaha, anak kami,
setahun yang lepas tidak sukar. Bak kata suami, “kalau mulut kata susah, jadi
susahlah benda tu… kalau mulut kata sakit, jadi sakit lah yang datang… asyik
sebut sakit, sakit…” Betul juga, kan? Jadi sepanjang kehamilan itu aku berdoa agar dipermudahkan bersalin sambil mematuhi pantang larang yang diberitahu oleh Wak suamiku yang merupakan pengamal perubatan tradisional. Alhamdulillah kelahiran Alaha dipermudahkan... due Alaha asalnya adalah pada 1 Ogos 2011 tapi bila scan yg terakhir; due nya adalah pada 24 Julai... Aku dok berharap dia keluar 21 Julai; birthday aku tuuu...
Ahad, 17 Julai 2011. Aku dan encik suami berada di rumah ibu aku. Sewaktu bangun Subuh tu, pinggang terasa lenguh semacam, ari-ari terasa cramp dan baby contract dengan bangganya tapi aku cuma ingat contraction biasa since due lebih seminggu lagi. "Bang, na sakit pinggang lah.." Tapi encik suamiku buat bodoh je lalu meneruskan dengkuran. Jam 7 pagi, ada lendir campur darah yg keluar disertai rasa sakit macam senggugut... pinggang lenguh jangan cakap lah. Dalam hatiku berkata, 'alamak.. macamana ni? dah nak beranak ke?'
Sakitnya sekejap je kemudian hilang. Aku yang kelaparan terus menyelongkar kitchen cabinet ibu dan terjumpa setin sardin. Sempatlah aku masak sambal sardin dan nasi dalam pada contraction yang datang dan pergi tu...haa ko... dah lapar kan, masak jugaklah.. Adik aku; Nani dan sepupu aku yang darjah 4 , Ariff ada di rumah. Parents aku balik kampung ayah di Ulu Yam Baru menghadiri wedding atuk sedara aku.. ni cerita betul eh, atuk sedara aku tu bujang lagi, umur 55 tahun. Lalu selang 15minit contraction datang lagi dan aku terbongkok-bongkok ke kerusi nak duduk. Nani menyuruh Ariff memanggil suamiku.
Aku terdengar Ariff berlari menaiki tangga dan meredah masuk bilikku lantas mengejutkan suamiku dari tidur. "Abang Zaki, kak Nana dah nak beranak!"
Hahaha... bertuah punya Ariff. Segera aku terdengar suamiku turun tangga dengan pantasnya. "dah nak beranak ke?"
Aku tergelak. Parents ku di Ulu Yam segera pulang. Namun tiada apa yg berlaku sepanjang hari Ahad nan permai itu. cuma contraction ala senggugut yg datang dan pergi. Tak adalah sakit sangat pun. Boleh ditahan, alhamdulillah.. Esoknya pun begitu. Bila dah kerap-kerap ibu nak bawak aku ke hospital; aku tak nak. Encik suami kata tunggu air ketuban pecah. Aku teruskan baca 'Laa ila ha ila anta subhaanaka inni kuntu minazholimin' dlm hati.. Suamiku call wak beliau di Banting; wak suruh suamiku sapu minyak kelapa ke rambutku. Biar mudah jalannya...
Isnin; 18 Julai 2011, 10 mlm. Sedang suamiku mengadap laptop, aku terasa contraction yg agak lama. tiba2... 'tup'... terasa mcm sesuatu langgar pintu rahim lalu air ketuban keluar dengan jayanya...
12 am 19 Julai - Masuk labor room. Dah 3cm. Bila tanya nurse bila agaknya aku bersalin. "Ohh.. anak sulung eh? lambat skitla.. Dalam jam 9,10 pagi ke.." Haaa....? Biar betul..
2 am - Encik suami dibenarkan masuk. Lega rasanya... macam nak nangis kelegaan bila nampak dia. terus aku genggam tangan dia. "Baca doa tu dalam hati..kalau dah x mampu nanti sebut Allah je banyak-banyak". Aku angguk.
3 am - Aku terlelap bila tak ade contraction. Contraction dtg lagi. Lebih 'sedapp' dari tadi. Doktor datang cek. Dah 7cm... Aku mengiring sebab mengiring buat aku rasa lega. tu dia..
4 am - Dah dahsyat rasa dah ni... "Ampun bang... ampun.." haa... siap mintak ampun lagi kat encik suami... "Na takde salah apa-apa..." oh tulusnya hati encik suamiku.
4.15 am - Aku dah meneran-neran sendiri. "Panggil doktor , bang..." Encik suami segera mendapatkan doktor. Ntah macamana aku terlelap. Bila tersedar doktornya ntah mana. "Doktor kata belum sampai masa lagi.." kata encik suami. Aku meneran-neran balik. Aku tarik kolar baju encik suami. "Tak sanggup bang.." "tak sanggup? sabar.."
4.30 am - "bang, panggil doktor! dah tak tahan lagi ni..." Encik suami panggil doktor. Doktor R masuk(muda doktornya, perempuan, pelatih lg kot). Dia pun cek la.. "Eh entahlah kak... tak pasti lah..."
Tak pasti? Wak lu! Dr R pun panggil colleague dia; Dr A (lelaki, muda, pelatih gak). Dr A pun x pasti. Kedua-dua doktor tu menghilangkan diri. Panggil doktor pakar kot. Ahhh lantak korang lah.. aku nak teran.
Tak lama lepas tu datanglah seorang doktor perempuan India...Doktor V, dia pun cek la..."Eh, dah rasa kepala baby la.." haa.. baru kelam kabut... Saat itu pun bermula...push punya push... rasa mcm x keluar-keluar.. "heartbeat baby dah turun, push kuat lagi kak.." kata Doktor V.
Encik suami sentiasa di sisi. Aku ternampak dia membacakan sesuatu lalu dia melalukan tangannya ke perutku. Alhamdulillah, sekali lagi push lepas suami bacakan ayat2 suci tu, Alaha terus keluar.
5.07 am. Alhamdulillah... Tapi wajahnya dah kebiruan dengan tali pusat terbelit di sekeliling leher nya. Nasib baik encik suami ada, kalau tidak..entahlah... Fuhh... leganya lepas tu... semangatnya anak aku...
Alaha saat-saat baru menjengah dunia
Nurse kemudian bawa
Alaha binti Mohamad Zaki padaku. semangatnya dia..
3.8 kg, 52cm. Suamiku terus azankan Alaha. Selesai mengazankan encik suami bertanya, "Sanggup beranak lagi tak lepas ni?" Aku senyum. " Boleh je... tak adalah sakit sangat pun.." Haha... lepas bersalin terus okay rupanya..
Dan doktor memintaa encik suami keluar labor room sebab proses jahitan akan bermula. Alhamdulillah, proses menjahit lepas tu tidak langsung menyakitkan pada aku...lega.... Siap berborak dengan doktor. "Wahh... u pandai push eh kak... takde koyak pun. yang kita gunting tu je jahit." Alhamdulillah... dalam 6-7minit je doktor tu jahit. 3-4jahitan je walaupun baby besar... Alhamdulillah.... proses pantang pun not so bad. Alaha cuma penah kembung sekali je. Darah nifasku berakhir pada hari ke 28. Agak cepat. Hari ke 41, aku dah datang bulan balik...
lepas ni aku akan share petua-petua mudah bersalin pulak.... :)
Wassalam...